Sejarah

IKM TSYA merupakan singkatan kepada INSTITUT KEMAHIRAN MARA TAN SRI YAHAYA AHMAD dimana MARA juga merupakan singkatan kepada MAJLIS AMANAH RAKYAT. IKM TSYA terletak di Negeri Pahang Darul Makmur di daerah Pekan tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Abd Razak.
IKM TSYA telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah pada 19hb Februari 1985 bersamaan 29hb Jamadilawal 1405 Hijrah
Kursus Teknologi Bekalan Air & Pembetungan di IKM TSYA bermula pada Januari 1979. Kursus ini hanya terbuka hanya pada pelajar lelaki sahaja, dan kemasukan pertama pelajar (dahulu disebut pelatih) pada sesi Januari 1983 iaitu seramai 14 orang pelajar yang rata-ratanya adalah tamat tingkatan 3 dan En. Ismail bin Mohamad merupakan guru kelas bagi pengambilan pertama tersebut.


OBJEKTIK LATIHAN MARA DALAM BIDANG KURSUS:
Bagi menambah bilangan guna tenaga mahir bumiputra dalam pelbagai bidang dan tahap kemahiran untuk sektor perdagangan dan perindustrian disamping mewujudkan sumber bakal-bakal usahawan.

PENGENALAN :
Keperluan tenaga mahir telah meningkat selaras dengan pembangunan negara, bagi memenuhi permintaan ini maka pengeluaran sumber manusia yang terlatih amat diperlukan. MARA sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap kepentingan Bumiputra, tidak mahu ketinggalan dalam melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang diperlukan. Oleh itu MARA telah menubuhkan beberapa buah Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi melaksanakan program berkenaan.
Kursus-kursus yang dijalankan adalah bertahap sijil dan diploma, tempoh latihan antara 18 bulan hingga 36 bulan. Latihan yang diberikan kepada pelatih adalah selaras dan sejajar dengan keperluan dan permintaan industri. Pelatih yang tamat dari mengikuti latihan di IKM-IKM boleh berkerja di agensi kerajaan ataupun swasta yang bersesuain dengan kursus yang diikuti.