Thursday, January 27, 2011

Memasang Jubin

Tarikh              :  07hb Febuari 2006 - Mac 2006
Masa               : Setiap masa mengikut kelapangan subjek

Penglibatan      :
1.  Penyelaras   : En. Surparni Sugar
2. Staf              : En. Razali bin Ismail
                          En. Wan Mohammad Roslan nin Wan Husin
3. Pelajar         : Semester 2 dan semester 3

     Pelajar kursus juga mempunyai kemahiran dalam melakukan kerja-kerja pemasangan jubin. Oleh kerana kemahiran yang ada pada pengajar, pelajar secara tidak langsung dapat memperolehi kemahiran memasang jubin.

     Kerja ini dilakukan oleh pelajar semester 2 dan 3 mengikut kesesuaian masa yang ada. Hampir 80% kerja-kerja ini dilakukan sepenuhnya oleh pelajar kursus. Lokasi didepan bengkel utama ini adalah tapak permulaannya.

     Dalam kerja pemasangan jubin, pelajar diberi pendedahan cara mengambil ukur (level), aturan semasa memasang jubin, kaedah cara bancuhan.


Bergilir-gilir menyambung. Walau masa singkat yang ada dalam setiap hari, kami mempunyai ramai tenaga pelajar yang sanggup melakukan kerana peluang-peluang ilmu yang sebegini jarang diperolehi. Jangan pandang pada nama, tetapi lihatlah betapa banyaknya ilmu yang kami ada di Kursus ini



Terima kasih kepada Penyelaras Kursus yang sentiasa tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada kami..


 

 

No comments:

Post a Comment