Tuesday, September 18, 2012

Perbarisan Sempena Minggu Aktiviti

Minggu aktiviti IKM TSYA Pekan Pahang sesi Julai-Disember 2012 telah dijalankan selama 5 hari bermula 10hb. September 2012 sehingga 14hb. September 2012. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan sepanjang minggu aktivit tersebut iaitu pertandingan perbarisan, pertandingan malam ekspresi budaya, pertandingan gerai jualan dan pertandingan mini sukan.
Penyertaan dari Kursus Tek. Bekalan Air dan Pembetungan juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa minggu aktiviti. Dalam ketegori perbarisan minggu aktiviti yang bertemakan hari kemerdekaan, Kursus Tek. Bekalan Air dan Pembetungan telah menjadi JOHAN KESELURUHAN PERBARISAN. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kursus.
 
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Asri bin Hassan dan ucapan perasmian disampaikan oleh Pengarah IKM TSYA, Tuan Haji Feshol bin Taib
  
Percikan bunga menandakan perasmian telah dilancarkan

Semua kontigen perbarisan mengibarkan Jalur Gemilang

Kontigen dari Kursus Tek. Bekalan Air dan Pembetungan dengan pakaian baju melayu lengkap bersamping sambil mengibarkan jalur gemilang. Tahniah Kami Johan Perbarisan

En. Basir  sempat bergambar bersama pengajar




No comments:

Post a Comment